.


Widget edited by super-bee

Menu masakan

Resepi sup tulang daging
Sup tulang daging memang merupakan menu kegemaran semasa berpuasa. Juadah ini boleh dimakan begitu sahaja ataupun dimakan bersama nasi, mee atau bihun. Berikut merupakan resepi sup tulang daging turun temurun penulis  yang ingin dikongsikan kepada pembaca khususnya penggemar sup daging. Selamat mencuba!
Sebelum itu, tips untuk masak sup tulang ni, kalau boleh pilihlah daging yang baru supaya bila dimakan, daging tu rasa lembut je. Kalau masak guna pressure cooker lagi bagus.
photo (3)
Resepi sup tulang kosong ( gerenti sedap )
Bahan-bahan : 
  • 1kg tulang daging lembu
  • Garam
  • Ajinomoto atau bahan perisa
  • Daun sup dan bawang goreng
Caranya mudah, hanya rebus tulang di dalam air ( isipadu 2 kali saiz tulang yang ingin direbus ) dan masukkan garam serta serbuk perisa. Rebus selama 2 jam atau sehingga daging empuk. Taburkan daun sup dan bawang goreng. Siap!
Resepi sup tulang berempah 
Bahan-bahan
  • 1kg tulang daging lembu
  • 5 ulang bawang kecil ( atau 1 biji bawang besar ) dihiris halus
  • setengah labu bawang putih ( kira-kira 5-6 ulas )
  • 1 inci halia
  • 1 sup bunjut ( atau lagi senang, beli sup bunjut yang siap ada rempah ratus seperti kulit kayu manis, bunga lawang,buah pelaga dan sebagainya. Senang! )
  • Rempah ratus seperti diatas
Caranya :
Panaskan minyak dan masukkan bawang, halia, bawang putih dan rempah ratus. Tunggu hingga kekuningan dan masukkan air
( isipadu 2 kali saiz tulang yang ingin direbus ) dan sup bunjut. Masukkan tulang lembu yang sudah dibasuh dan masak selama 2 jam. Masukkan garam dan bahan perasa dan gaul rata. Taburkan daun sup apabila dihidangkan.


Resepi lengkap dan cara membuat bakso sendiri dirumah
Bahan-bahan ( 7-8 org )

* Mee Hoon 1 bungkus (400 gm)
* Taugeh
* Kobis dihiris halus

* *UTK KUAH
* 3 biji bawang merah dihiris
* * 3 ulas bawang putih
* *1/2 inci halia
* *1sk lada sulah biji
* 1 batang serai diketuk
* 1 sb pati daging / pati ayam
* sedikit serbuk lada sulah
* garam n perasa
Cara-cara

1. UTK KUAH; Tumbuk bahan bertanda *. Panaskan minyak, tumis bawang meras hingga kekuningan. Masukkan bahan yg telah ditumbuk tadi, tumis hingga garing n naik bau. Masukkan sekali serai.
2. Masukkan air, masukkan juga pati daging, serbuk lada sulah, garam n perasa.

3. Rendam bee hoon dan celur, kemudian tapis. Hidang bee hoon dgn taugeh n kobis. Tuang kuah dgn bebola daging. Boleh juga guna mee lain.

Adunan untuk membuat bebola daging bakso
Bebola daging bakso
Bahan bahan
● Daging lembu segar 1000 gm (1 kg).
● 5 batang Serai.
● Bawang Merah 2 biji.
● 1 biji Bawang putih (+-10 ulas).
● Lemak sayuran (mayonis) 300 gm.
● Jintan halus & ketumbar 40 gm.
● 1 camca garam.
● Sedikit. Lada sulah.
● Sedikit. soda bikarbonat.
● Tepung sagu 500 gm.
● 100 gm tepung ubi.
● Tepung gandum 200 gm.
● Gula Halus 40 g.
● Halia 20 gm. .
● Air batu 150 gm.
CARA MEMBUAT
● Kisar dan gaul semua kecuali lemak sayuran.
● Perapkan adunan kira-kira 15 minit.
● Masuk dan gaulkan adunan dengan lemak sayuran.
● Bentukkan adunan menjadi bulat.
● Rebus dengan kadar 68 º C (dengan api kecil) hingga bebola timbul.
● Angkat, toskan dan biarkan sejuk dan boleh lah dimasukan kedalam sup Bakso.